BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 5 December 2012

Yamaha 125ZR GP Edition

 Sape kater Malaysia dah xkuar 2 stroke lagi..trime kasih la kat Hong Leong Yamaha sebab masih lagi mengeluarkan moto kegemaran MAT-MAT REMPIT MALAYSIA.
Oh ibuku yang paling cantik , menawan , baik etc, tolong belikan saye macam nih sebijik.Pliiisssssssssss.....

Monday 14 May 2012

MAHMOODIAH


Banyak2 kisah mistik, aku rasa ini lah yang paling menyeramkan & banyak kisah yang berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga kawasan berhampirannya iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah di gemparkan dgn kisah Hantu Lilin pada tahun 1990-an. Pada tahun 1980-an lagi best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke Johor Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh kerana terlalu terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg 'menghalalkan' pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut menceritakan hal ini kepada rakannya yang kebetulan bekerja dengan Majlis Bandaraya.. Rakannya menafikan dakwaannya itu dan mngatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa yg sebenarnya berlaku selama 2 jam pada mlm tersebut? Wallahualam..

Berbalik kepada kisah di Mahmoodiah, ramai pemandu di ganggu ketika melalui kawasan perkuburan yg menempatkan kerabat2 di Raja itu.. Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dlm perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.. Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jln lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri.. Dia pun memberhentikan kenderaan & bertanya arah tujuan wanita berkenaan.. wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah..

Kadir pun menumpangkn wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin.. Biarlah dengan membuka tingkap sahaja katanya.. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya yg menjemputnya, tetapi akibat masalah yg tidak dapat di elakkan, dia terpaksa berjalan kaki utk ke perhentian bas hospital itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana dah serik menaiki motor. Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem, boleh selit2.. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1 kejadian yg tak di ingini semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya.. Pernah 1 ketika semasa menunggan motor bersama teman lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ.. Kadir lantas bertanya "Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama"..

Apa saja ayat yg terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat2.. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas.. Kadir membatalkan hasratnya utk berjumpa kwn2nya lalu terus balik ke rumah.. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yg kebetulan bertandang ke rumahnya.. Pakciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu..

Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR.. menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran.. Selepas melalui terowong tersebut, ada seorg wanita menahan teksinya & terus mengejar teksi berkenaan..

Kisah ketiga ialah bangunan yayasan warisan johor..mase perang jepun dulu..jepun gunakan bangunan tu buat markas / kem diorng la..so mcm2 hukuman jepun spt pancung kepale ape sume buat kt situ..kt situ jugak bnyk askar jepun mati.. org2 lama cerita, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! mcm mana tu dorg berbaris aku tak tau la.. wallahualam..

Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran dalam..ade org cite yang kwsn situ haunted pade waktu petang selepas asar sebelum maghrib..ade org pegi ziarah kubur time tu..ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala...banyak kali..penggali kubur kt situ pun sarankan jgn dtg waktu2 ptg mcm tu..lg2 kwsn tu..


Ingat, jangan terlalu percaya.. Nanti syirik pulak.. Jangan terlalu takut & jangan terlalu berani.. Jika apa yg di tulis di atas adalah mengenai korg, aku nk korg perbetulkan di mana silapnya.. tak kisahlah drpd tarikh atau segala bagai.. apa2 pun yg buruk itu dtg drpd diri ini, kerana setiap manusia tak ubah drpd melakukan kesilapan & kesalahan.. Cerita ini bukan rekaan semata-mata.. ianya menjadi perbualan dari mulut ke mulut masyarakat JB.. aku pasti, ada jugak yg x tau lagi pasal kisah2 ini.. yang pastinya antara 3 kisah paling top di JB seperti Villa Nabila, Mahmoodiah & Banglo Hilang di Tmn Rinting telah pun aku research.. aku tak main tulis je, ada yg aku ambil dari blog2 & aku pilih yg paling lojik & terbaik.. Jika mahu share, silakan.. JANGAN TELALU TAKSUB, Wassalam.. ^.^

MISTERI SEGITIGA BERMUDA


Tidak semua pertanyaan ada jawapannya. Demikian pula dengan sejumlah peristiwa dan fenomena alam di bumi ini. Tidak semua boleh dijelaskan. Bagi anda yang menggemari kisah misteri, sudah pasti Segitiga Bermuda berada di dalam minat anda. Wilayah laut di selatan Amerika Syarikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah yang dapat dihuraikan. Kisah misterinya bukan bermula sejak awal abad ini, malah turut dicatakan oleh pelayar terkenal iaitu Christopher Columbus.

Sekitar 1492, ketika dirinya akan mengakhiri perjalanan jauh yang menuju dunia barunya, Amerika Syarikat, Columbus sempat menyaksikan fenomena aneh di Segitiga Bermuda. Di tengah suasana laut yang terasa aneh, jarum kompas di kapalnya berubah berkali-kali. Padahal cuaca pada hari itu sangat baik.

Lebih dari itu, tidak jauh dari kapalnya, pada suatu malam tiba-tiba para anak kapalnya dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja.

Begitulah Segitiga Bermuda. Di wilayah ini, indera keenam memang seperti dihantui 'suasana' yang tak biasa. Namun begitu rombongan Columbus masih beruntung, kerana mendapat 'pertunjukkan'. Lain dengan kapal-kapal yang lalu di situ.

Menurut catatan seharian, peristiwa terbesar yang pernah terjadi di wilayah ini adalah lenyapnya sebuah kapal berbendera Inggeris, Atlanta, pada 1880. Tanpa jejak, kapal yang dinaiki tiga ratus kadet dan perwira AL Inggeris itu ghaib di sana. Selain Atlanta, Segitiga Bermuda juga telah menelan ratusan kapal lainnya.

Segitiga Bermuda juga telah membungkam puluhan pesawat yang melintasinya. Peristiwa terbesar yang kemudian dilaporkan sekitar 1990 lalu adalah ghaibnya lima Grumman TBF Avenger AL Amerika Syarikat yang tengah mengawal melintas wilayah laut ini pada siang hari 5 Disember 1945. Setelah sekitar dua jam penerbangan komandan penerbangan melaporkan, bahawa dirinya dan anak buahnya seperti mengalami disorientasi. Beberapa minit kemudian kelima TBF Avenger ini pun ghaib tanpa sempat memberi isyarat SOS.

Anehnya, misteri Avenger tak berakhir di situ saja. Ketika sebuah pesawat SAR jenis Martin PBM-3 Mariner dihantar untuk mencarinya, pesawat amfibia dengan 13 anak kapal ini pun turut lenyap. Hilang bak ditelan udara. Keesokan harinya ketika wilayah- wilayah laut yang diduga menjadi tempat kecelakaan keenam pesawat disapu enam pesawat penyelamat pantai dengan 27 anak kapal, tiada satu pun serpihan pesawat ditemui.

Tahun demi tahun berlalu. Sekitar 1990, tanpa diduga seorang pengkaji berjaya serpihan kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Orang ramai terkejut kerana ketika cantuman dibuat ianya adalah sebahagian daripada bahagian pesawat TBF Avenger.

Banyak teori kemudian dihubung-hubungkan dengan segala kejadian di sana. Ada yang menyebut teori pelangkauan waktu, medan gravitasi terbalik, abrasi atmosfer, dan ada juga teori anomali magnetik-gravitasi. Selain itu ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena gempa laut, serangan gelombang tidal, hingga lubang hitam (black-hole) yang hanya terjadi di angkasa luar sana.

Apa pun yang pasti Segitiga Bermuda ini akan tetap terus menjadi misteri.

Kisah jin kafir vs jin islam


Semasa Rasulullah s.a.w. berdakwah di Mekah, satu pertemuan telah dirancang secara diam-diam untuk memalukan Rasulullah s.a.w. Berhala pujaan kafir bernama Walid ditempatkan dan Walid bersujud padanya. Jin kafir yang bernama Masfir telah memasuki badan berhala itu, mempamerkan kebolehannya bersembunyi di balik patung dengan mengeluarkan suara-suara yang mendustakan Rasulullah saw.

Jin itu memasuki patung berhala, menggetarkan badan patung dan berkata;Sungguh Muhammad bukanlah nabi. Tak perlu kau membenarkannya.

Ibnu Masud, yang kukuh imannya, menyaksikan berhala ini mengerutkan dahinya, Meracaukah berhala ini, ya Rasulullah saw?

Rasulullah s.a.w. tenang bersabda, Ibnu Masud, sahabatku. Engkau jangan gusar, ini hanyalah permainan syaitan yang nyata.; Sesudahnya Rasulullah s.a.w diikuti Ibnu Masud meninggalkan pertemuan muslihat kaum musyrik itu.

Dalam perjalanan pulang Rasulullah s.a.w dan Ibnu Masud dihentikan seorang penunggang kuda yang berpakaian hijau. Penunggang kuda tak dikenali itu turun dari pelana kuda dan mengucap salam kepada Rasulullah saw. Beliau menjawab dengan pantas, lalu bertanya “Siapakah engkau wahai penunggang kuda? Sungguh aneh salammu”.

Penunggang kuda misteri itu mengangguk; “Ya Rasulullah s.a.w. Sungguh diriku adalah dari golongan jin yang setia menganut Islam sejak zaman Nabi Nuh. Ketahuilah, aku telah meninggalkan negeriku sangat lama. Dan sekembalinya aku di rumahku, aku hairan melihat isteriku menangis tersedu-sedu. Aku bertanya apa yang telah terjadi dan membuatnya begitu sedih. Isteriku menjelaskan, Engkau sama sekali belum tahu, beberapa masa lalu Masfir telah mendustakan Rasulullah saw!”

“Aku marah besar kepada Masfir dan terus memburunya. Di antara Shaffa dan Marwa aku berjaya menangkapnya. Kepalanya kupancung dan aku tinggalkan badannya bak anjing hina tiada kepala. Lihatlah, darahnya masih segar di mata pedangku ini.”

Rasulullah saw mengangguk-angguk. Beliau mendoakan jin yang memiliki kebajikan itu, “Siapa namamu? Jin mukmin itu menyebutkan, Namaku Muhair bin Abhar, ya Rasulullah saw. Saya berhuni di bukit Thursina. Adakah engkau mengizinkan aku membalas penghinaan kaum musyrik melalui mulut berhala, seperti Musfir telah dustakan dirimu? Rasulullah saw bersabda, Lakukan sesukamu.

Beberapa penduduk kota Mekkah mengundang Rasulullah s.a.w untuk suatu pertemuan. Beliau menghadirinya dan di sana berhala Hubbal kembali diletakkan di atas meja. Satu demi satu orang-orang musyrik mulai bersujud pada;Wahai Hubbal. Sabdakan sesuatu tentang Muhammad pada kami. Patung berhala beku, diam tidak kuasa bertindak. Jin Muhair bin Abhar lalu merasuki berhala dan berkata, Hai penduduk Mekkah, camkanlah! Muhammad itu benar. Agamanya benar. Dia mengajak kamu kepada kebenaran. Kamu yang bergantungan kepada berhala-berhala mati ini adalah sesat. Jika kamu tidak mengimani Muhammad dan membenarkannya nescaya kamu akan kekal tinggal di neraka Jahanam. Berimanlah kamu kepadanya. Dialah nabi Allah dan sebaik-baik makhluk Allah.

Orang-orang musyrik meradang. Abu Jahal menerjang Hubbal dengan marah. Patung berhala yang tidak berdaya ini ia terpelanting jatuh berkeping-keping. Rasulullah s.a.w tenang meninggalkan pertemuan itu .Kepada jin yang mukmin itu Rasulullah s.a.w berkenan untuk memberi nama baru kepadanya iaitu Abdullah bin Abhar.Wallahualam..

-ctrl+c-ctrl+v-

MISTERI BINAAN PIRAMID TERJAWAB


Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan
Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400 tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran yang berikut:


وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. "(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi hal yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, terbuat dari dua jenis batu: batu alam dan batu-batu yang dibuat secara manual alias olahan tanah liat.

Dan dalam kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of American Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku api yang dipanaskan dengan wap air garam dan berjaya membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.


Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan mencari jejak reaksi segera yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam dan batu buatan.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Ia pun berkata, "Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat."

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan lumpur ini memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat! Ini menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun tinggi saat itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, berbilang tahun selepas Berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan TANAH LIAT.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya saja melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Sunday 3 July 2011

apa yang jadi pada akaun facebook kita selepas mati..??



mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~

renung-renungkan da selamat beramal :)